Monday, January 11, 2010

Jurnal menarik untuk dikongsi bersama....

"Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Berasaskan Web – Webquest bagi Mata Pelajaran ICT"



Dalam era gloalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam memperkasakan profesion perguruan agar golongan pendidik tersebut sentiasa bersaing dengan teknologi maklumat terkini. Salah satu inovasi yang perlu diambil perhatian ialah kepelbagaian dalam kaedah penyampaian maklumat kepada pelajar. Bagi proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran ICT pula, dua pendekatan yang dilaksanakan iaitu “belajar tentang ICT” dan “belajar dengan ICT” memerlukan guru mahir dalam pedagogi yang melibatkan penggunaan ICT.

5 comments:

  1. Proses peningkatan persekitaran pengajaran dan pembelajaran dalam semua bidang pendidikan melalui ICT merupakan salah satu agenda terpenting dalam era globalisasi. Dalam memaksimakan penggunaan ICT dalam P&P, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam menjayakan sistem pendidikann ini. P&P yang menggunakan teknologi didapati dapat memberikan manfaat terutamanya kepada golongan pelajar. P&P yang berpusatkan bahan ternyata memberikan keseronokan kepada pelajar dan sudah semestinya melahirkan pelajar yang mampu memperolehi keputusan yang cemerlang dalam pembelajaran.

    Penggunaan web-quest ini dapat melahirkan pelajar yang dapat berfikir secara kritis dan lebih bermakna kerana mereka seronok belajar dengan menggunakan bahan bantu mengajar seperti ini.Sistem P&P Berasaskan WebQuest ini mengaplikasikan unsur-unsur hipermedia seperti animasi, bunyi, grafik, hiperteks, dan warna yang menjadikan persembahan sistem lebih menarik. Pelajar berasa seronok sepanjang proses P&P. Kemudahan yang didapati daripada belajar menggunakan webquest ini seperti latihan tambahan dapat memberikan kesenangan kepada pelajar untuk mencetak latihan atau bahan-bahan yang perlu dicetak. Penggunaan webquest dalam P& P dapat meningkatkan kemahiran guru sebagai penyampai maklumat yang berkesan kepada pelajar.apabila ICT menular masuk kedalam semua aspek P&P maka pendekatan taradisonal yang berpusatkan guru dapat bertukar kepada proses P&P yang berpusatkan pelajar dan bahan.Pelajar juga dapat belajar secara kolaboratif dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah yang kompleks, dapat berkomunikasi dengan kumpulan yang lain dan dapat mengakses maklumat dengan lebih cepat.Sesungguhnya dengan penggunaan ICT dalam P&P menjaminkan kecemerlangan semua pihak.

    ReplyDelete
  2. ICT adalah suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. Komputer mampu berinteraksi dengan pengguna membolehkan pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah serta menarik.
    Penggunaan WebQuest dalam P&P adalah salah satu cara @kaedah yang berkesan dan menarik. Antara kebaikannya adalah :
    a. Bahan pengajaran dalam bentuk laman web bagi memudahkan pelajar memahami pengajaran.
    b. Menyediakan ruang untuk pelajar berinteraksi dengan pengajar menerusi e-mel.
    c. Menggalakkan pelajar dengan menggunakan kemudahan internet untuk tujuan pembelajaran seperti mencari maklumat.

    ReplyDelete
  3. Penggunaan web-quest memanfaatkan penggunaan ICT dalam pendidikan secara lebih optimun.Tuntutan corak pendidikan abad ini ini yang bersifat tranformasi menuntut penjanaan pemikiran kreatif dalam bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru.
    Dalam era teknologi yang diistilahkan sebagai dunia tanpa sempadan hari ini perlu dimanfaatkan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.Bahan pengajaran dalam bentuk laman web dan perinteraksian dalam alam maya mampu memberi impak dan kesan yang baik dalam bidang pendidikan.
    Usaha yang lebih menyeluruh perlu digandakan untuk menggalakkan penggunaan internet untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

    ReplyDelete
  4. Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan web adalah konsep yang mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi (Information and Communication Technology (ICT)) dalam sistem pendidikan. Ia merupakan satu perkembangan pendidikan hasil daripada ledakan ICT yang merujuk kepada penggunaan teknologi tersebut dalam membuat penyelesaian mengakses maklumat ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan prestasi. Dalam memperkasakan profesion perguruan agar semua guru sentiasa bersaing dengan teknologi maklumat terkini, para guru digalakkan untuk mengintegrasikan ICT dalam proses P&P. Dengan cara ini, pelajar bukan sahaja dapat mengakses maklumat dan bahan pengajaran melalui web, tetapi mereka juga dapat terlibat dalam aktiviti pembelajaran yang merangkumi sesi perbincangan maya, penstrukturan pengetahuan serta membentuk suasana pembelajaran kendiri pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Selain daripada penglibatan aktif pelajar dalam proses pembelajaran melalui medium web yang dapat menghasilkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, ia juga dapat mempertingkatkan tahap pembelajaran di kalangan pelajar.

    ReplyDelete
  5. perkembangan ict dalam pendidikan kini semakin pesat,Teknologi Maklumat telah berperanan sebagai asas untuk menyimpan maklumat,
    mengolah maklumat, menyalur dan mengedarkan maklumat di dalam pelbagai bentuk
    dan cara. Bahan atau maklumat tersebut dapat disalur dan digunakan sama ada di dalam bentuk
    teks, gambar, grafik, suara, animasi, dan video, atau gabungan kesemua unsur secara
    interaktif yang juga dikenali sebagai Multimedia. Semua bahan dapat disalur dan digunakan dengan menggunakan teknologi terkini, sama ada dengan rangkaian (networking),
    intranet dan internet.

    Proses pengajaran-pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan
    penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik seperti berbantukan komputer
    dan perisian, melalui sistem rangkaian (networking), perisian dan pangkalan data atau
    maklumat atau melalui sistem internet, perisian dan pangkalan data. Penggunaan alat
    bantu mengajar ini dikatakan dapat meningkatkan minat serta meransangkan minda pelajar di zaman siber ini dan telah dianggap dan diakui sebagai pemangkin proses pengajaran dan pembelajaran.

    pengajaran yang tidak mementingkan
    kreativiti akan melahirkan insan yang tandus dengan daya imaginasi dan idealisme. Perubahan ini akan memberi cabaran kepada guru-guru bagi
    menguasai seberapa banyak ilmu dan kemahiran sebagai tuntutan pada hari ini agar dapat
    bersaing di peringkat global. Dengan itu, guru-guru alaf baru kini harus melengkapkan
    diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan seiring dengan
    keperluan semasa supaya pengalaman yang sedia ada dapat ditingkat, dikemaskini dan
    diguna mengikut kesesuaian pelajar dan persekitaran masa kini.

    ReplyDelete